Tuesday, November 18, 2008

Kaunseling Industri .. Mengapa perlu?

Kaunseling tempat kerja perlu untuk memberikan perkhidmatan kaunseling kepada para pekerja (klien) di tempat kerja yang menghadapi pelbagai masalah yang boleh menghalangnya dari terus aktif bekerja dengan sesebuah organisasi yang dipilih.Masalah itu mungkin masalah sesama pekerja,dengan ketua,majikan atau dengan ahli keluarga pekerja itu sendiri.

Jika masalah itu dibiarkan dan tidak ditangani dengan segera mungkin akhirnya akan membawa kesan kepada organisasi itu sendiri di mana pekerja tidak bermotvasi untuk terus bekerja.Akhirnya organisasi itu akan menjadi lemah kerana pekerjanya kurang bermotivasi dan tidak bersemangat untuk bekerja.

Justeru,kaunseling di tempat kerja memang perlu dan wajar diperkenalkan oleh mana-mana organisasi terutama organisasi yang mempunyai pekerja yang ramai.Samada provisi kaunseling itu internal atau external kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama.Cuma mungkin Internal Caunselor itu mempunyai kelebihan sedikit kerana kaunselor memahami budaya,politik dan selok belok sesebuah organisai itu kerana ia terikat sepenuhnya dengan organisasi itu.Atau kaunselor itu berkhidmat secara External Caunselor atau melalui EAP (Employer Assisstant Programme) kedua-duanya berkhidmat untuk kepentingan organisasi.

Selaras dengan matlamat kaunseling tempat kerja iaitu " win ..win .. win .. win situation ",seseorang kaunselor yang diambil berkhidmat merupakan seorang kaunselor yang terpilih dan berkebolahan kerana sesebuah organisasi amat mementingkan keuntungan berbeza dengan kaunseling yang dijalankan secara persendirian di luar daripada tempat kerja (organisasi).

Pastinya seorang kaunselor yang bijak pasti mahir dan bijak memilih models yang sesuai dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien.Contohnya mungkin kaunselor menggunakan "Problem Focus Models" .. " Brief Therapy Models " dan lain-lain lagi.

Mungkin juga pengurus dalam syarikat atau organisasi itu akan bertindak sebagai kaunselor dengan menggunakan " Manager Based Models " dan lain-lain model yang difikirkan sesuai.Namun apapun models yang digunakan semuanya untuk kebaikan organisasi itu untuk terus kukuh .. maju dan menuju ke Puncak Jaya ... .

Keputusan UPSR tahun 2008 meningkat ...

Gembira .. lega itulah sitausi yang dapat saya ungkapkan setelah keputusan UPSR tahun 2008 diumumkan baru-baru ini.Secara keseluruhannya peratus kelulusan meningkat 3.2% tetapi agak menurun sedikit dari segi kualiti.Tahniah kepada semua guru-guru saya khususnya guru-guru Tahun 6 tahun ini.

Namun ini bukan bererti saya berpuas hati atau guru-guru berpuas hati,ini bagi saya hanyalah satu permulaan untuk terus sukses dalam bidang pendidikan khususnya sekolah seperti ini.Selaku ketua pentadbir sekolah ini kejayaan bukan setakat di sini sahaja tetapi akan berterusan dari tahun ke tahun.Paling penting dapat kekalkan atau tingkatkan lagi usaha dan bimbingan pada masa-masa akan datang.

Tahun lalu peratus kelulusan ialah 58%,tahun ini ada peningkatan sedikit iaitu naik sedikit menjadi 61.5%.Keputusan mata pelajaran sains agak menurun sedikit dan keputusan keseluruhan dipengaruhi oleh mata pelajaran tersebut.Namun saya percaya ini boleh diubah menjadi lebih baik pada tahun ini.

Tahun depan 2009, sekolah kena buat sesuatu,pelbagaikan aktiviti dan yang paling penting mesti ada perancangan.Rancangkan kerja dan kerjakan rancangan.Jangan memberi alasan.Ingat .. kita tidak pernah merancang untuk gagal tapi .... kita gagal dalam merancang.Perancangan strategik harus diperkemaskan pada tahun depan.Untuk itu, selamat maju jaya kepada semua warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi.Selamat menuju ke puncak jaya.Hanya di mercu impian kita.

Sunday, October 26, 2008

Wahai guru-guru sekalian adakah anda masih relevan sebagai seorang guru?

Dewasa ini tanggungjawab sebagai guru bukanlah semudah yang disangka,tugas seorang guru bukanlah lagi seperti ibubapa kita bersekolah dahulu.Tugas guru kini semakin mencabar,tugas guru bukan setakat mendidik dan mengajar tetapi lebih daripada itu.

Nak jadi guru ... semua orang boleh bergelar guru tetapi bagi saya bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang benar-benar sejati dan tulin mungkin tak semua boleh.Kini ... setelah hampir 21 tahun menjadi guru dan memegang jawatan sebagai ketua pentadbir sejak hampir 2 tahun yang lalu dan beberapa tahun menjadi penolong ketua pentadbir,memang banyak karenah guru-guru yang dapat diperhatikan,sebab itulah saya berani mengatakan bukan semua yang bergelar guru itu komited terhadap tugas hakikinya.

Saya secara peribadi berani mengatakan demikian kerana banyak bukti yang saya perhatikan.Tetapi memang tidak dapat dinafikan ada guru yang berjiwa guru yang sebenar,yang mampu menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dan bukannya bersikap retorik seperti segelintir guru yang pernah saya alami di beberapa buah sekolah yang pernah saya bertugas.


Jenis Guru.

Beberapa tahun yang lalu saya pernah mengikuti ceramah berhubung kearah kebertanggungjawaban serta akauntabiliti sebagai seorang guru.Apa yang menarik perhatian saya dalam ceramah yang disampaikan ketika itu ialah apabila penceramah itu mengatakan baginya GURU ini terbahagi kepada 3 :

1.Guru Sinaran
2.Guru Siaran
3.Guru Sialan


1.Guru Sinaran

Guru ini adalah golongan guru yang sebenarnya dialah guru iaitu bertanggungjawab,jujur,ikhlas dalam tugasan yang diamanahkan kepadanya.Samada Guru Besar ada atau tiada di sekolah tidak ada bezanya,cara dia bertugas adalah sama.Mempunyai perawakan diri yang seperti guru,ada persediaan,peka terhadap sekolah,bersikap visibility,peramah,bersikap positif dan bukannya sensitif apabila ditegur,ada wawasan terhadap sekolah,terhadap dirinya dan terhadap anak didik.Pendek kata guru inilah yang sepatutnya diberi peluang menjadi guru dan bukannya seperti sesetengah guru yang hanya pada nama.


2.Guru Siaran.

Guru ini memang biasa kita temui di mana-mana sekolah,di mana dia lebih mementingkan penampilannya dari segi pemakaian dan aksesori diri dan kurang komited terhadap tugas,namun ada juga yang begitu komited terhadap tugasnya.Tidak salah memakai pakaian yang mahal-mahal,yang berjenama dan bersinar-sinar tetapi biarlah tugas itu adalah no.1.Jika dia memakai pakaian berwarna merah ... kasut serta beg tangannya juga berwarna merah dan begitu seterusnya jika ia memakai apa saja warna pakaiannya.Pendek kata guru ini mementingkan penampilan dari segi pakaian dan biasanya dia tak mahu ada orang lain yang lebih daripadanya.Namun yang penting ialah peranannya sebagai guru.


3.Guru Sialan.

Inilah jenis guru yang telah merampas hak mereka yang berminat jadi guru tapi tak diterima atau tidak ada peluang menjadi guru.Kata penceramah guru jenis ini taj paya saya terangkan kita semua tahu.Jadi saya tak berminat nak terangkan dengan panjang lebar tentang guru ini kerana kita semua tahu ... kan?.Pendek kata guru tak keterlaluan jika saya katakan tersalah pilih kerja, Guru Jadianlah namanya ni.Tak masuk kelas,lambat datang sekolah,ada saja alasan yang diberikan,jiwa kosong dalam soal mendidik dan yalah .... sialan.


Jadi ... wahai guru sekalian fikir-fikirkanlah,relevankah anda sebagai seorang guru.Kalau tidak ada minat menjadi guru ... mendidik anak bangsa rasanya tak payahlah jadi guru baik carilah kerja lain.Kalau setakat nakkan gaji saja eloklah fikir-fikirkan kerana dewasa ini kita memerlukan guru yang komited untuk membawa anak didik dan NEGARA ke
PUNCAK JAYA.



1.0 Internet Dan Kepentingannya.

Kehadiran dan kemajuan Internet telah banyak megubah corak kehidupan manusia masa kini,melalui Internet ini, ianya telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia dalam banyak hal,banyak urusan kehidupan manusia setiap hari dapat dilakukan dengan mudah,cepat dan jimat.Pendek kata, internet telah menjadikan kehidupan manusia sejagat menjadi bertambah mudah dan penuh bererti.



1.1 Apakah Internet ?

Internet atau Net,ialah rangkaian komputer yang amat besar,menghubungkan berjuta-juta rangkaian yang lebih kecil di seluruh dunia,Jumlah maklumat yang terkandung dalam komputer ini amat banyak.Jika kita tersambung pada Net,kita boleh menggunakannya untuk mengetahui tentang manusia dan tempat,untuk membeli barang,untuk berkomunikasi dengan pelbagai orang dan mendapatkan kawan baru.Bahagian Net yang banyak digunakan ialah Jaringan Sejagat,e-mail,sembang dalam talian (online chat) dan kumpulan perbincangan.



2.0 Jaringan sejagat.

Jaringan sejagat yang juga disebut Web atau World Wide Web (WWW),terdiri daripada berjuta dokumen yang disebut laman web.Laman ini merangkumi teks,gambar pegun dan gambar bergerak dan bunyi.Kebanyakan organisasi dalam web mempunyai set laman yang saling berpaut.Set laman Web ini disebut tapak web.

Web ialah bahagian internet yang paling cepat berkembang,dengan beratus-ratus laman baru muncul setiap hari.Individu boleh menggunakannya untuk memperoleh maklumat terkini tentang hamper semua perkara.Setiap laman web ada alamatnya sendiri iaitu Pengesan Sumber seragam atau Uniform Resource Locator (URL).Ini memudahkan pencarian laman dan kembali ke laman yang pernah dilawati.



3.0 E-mail.


Mel elektronik atau e-mail ialah kaedah menggunakan komputer untuk menghantar mesej kepada pengguna Net yang lain.Kita boleh menghubungi orang lain tidak kira di mana mereka berada di seluruh dunia dalam masa beberapa minit.Kos untuk menghantar dan menerima mesej hanyalah harga panggilan telefon tempatan.



4.0 Sembang dalam talian.

Ramai orang menggunakan Net untuk berbual dalam talian.Individu boleh menaip mesej atau pesanan pada skrin yang kemudiannya dilihat oleh pengguna lain.Manusia boleh menggunakan komputer untuk bercakap melalui telefon,malah menyertai sidang video yang membolehkan manusia bercakap sambil melihat orang berkenaan pada masa yang sama.Oleh itu walaupun kita terpisah jauh di merata tempat di dunia ini,seolah-olaj menjadi dekat dengan adanya kemudahan internet melalui sembang dalam talian ini.



5.0 Menggunakan pelayar.

Pelayar ialah atur cara yang digunakan untuk melihat laman Web.Dua pelayar yang paling kerap digunakan ialah Microsoft Internet Explorer dan Netscape Navigator. Kedua-duanya berfungsi dengan cara yang sama.

5.1 Tapak Web Khidmat Gelintar.
http://www.altavista.digital.com//
http://www.hotbot.com//
http://www.infooseek.com//
http://www.yahoo.com//
http://www.wegcrawler.com//
http://www.mckinley.com//
http://www.excite.com/
http://www.lycos.com/


6.0 Menggelintar Web.

Ada banyak laman dan tapak di Web sehinggakan mudah dibanjiri maklumat.Cara terbaik mencari laman dengan maklumat tertentu adalah menggunkan atur cara perkhidmatan gelintar (search service / search engine).Ada dua jenis perkhidmatan gelintar.jenis pertama mencari laman Web yang mengandungi perkataan tertentu.Perkhidmatan ini disebut enjin gelintar atau indeks.Jenis yang satu lagi disebut direktori.Perkhidmatan ini membahagikan tapak Web kepada kategori dan menyenaraikan tapak dalam setiap kategori.Jenis ini berguna untuk gelintaran yang lebih
umum.Perkhidmatan gelintar disusun oleh pasukan editor atau computer yang menyaring dan mengkategori tapak web.banyak bahan ditambah ke dalam web sepanjang masa,maka tiada enjin gelintar yang dapat menyenaraikan semua tapak Web.Apabila mencari maklumat tertentu,lebih menggunakan sekurang-kurangnya dua perkhidmatan untuk memastikan ada pilihan bagi laman berkaitan.


7.0 Kehadiran Internet telah banyak merubah kehidupan manusia.

Memang tidak dapat dinafikan kehadiran internet masa kini telah benyak merubah kehidupan manusia masa kini khususnya bagi mereka yang mengikuti perkembangan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.Melalui internet manusia boleh mengakses untuk pelbagai kegunaan seperti :-


7.1 Sebagai bahan rujukan bagi para pelajar dan guru-guru untuk mencari bahan / sumber pembelajaran.

Ini boleh didapati melalui pelbagai sumber yang menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan sesuai dengan semua peringkat dan tahap seseorang individu yang sedang belajar.Umpamanya kita boleh melayari http://www.tutor.com.my/ / http://www.didik.com.my/


7. 2 Memudahkan kita membuat pelbagai pembayaran.

Melalui kemudahan internet kita boleh menjelaskan pelbagai jenis bil tanpa pergi ke pejabat berkenaan,situasi ini boleh menjimatkan tenaga dan masa.Sebagai contoh kita boleh dibuat membuat bayaran dengan melayari
http://www.maybank2u.com/

7.3 Membeli belah di Internet.


Melalui internet juga manusia boleh membeli belah seperti membeli barang-barang yang diiklankan di internet dengan melayari http://www.lelong.com/.


7.4 Membaca akhbar melalui Internet.

Selain daripada itu,melalui internet juga kita boleh membaca pelbagai jenis akhbar dengan melayari http://www.bharian.com.my/

7.5 Menghantar pelbagai pesanan melalui internet.


Salah satu kemudahan yang telah banyak membantu mempermudahkan sistem komunikasi atau perhubungan kehidupan manusia masa kini ini ialah kiriman melalui e-mail.


7.6 Mencari bahan melalui enjin pencari ’google’

Salah satu enjin pencari (Search engine) yang banyak digunakan ialah dengan melayari
http://www.google.com.my.melalui/ enjin pencari ini sesiapa sahaja boleh mendapatkan apa sahaja.Ini biasa digunakan oleh para pelajar sekolah,mahasiswa di Universiti untuk mendapatkan bahan untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah.

7.7 Membeli tiket penerbangan melalui internet.

Salah satu kemudahan yang dilihat telah banyak memudahkan orang ramai khususnya mereka yang selalu menggunakan penerbangan untuk pelbagai urusan seperti perniagaan,pendidikan,pengurusan sesebuah organisasi dan sebagainya ialah membeli tiket melalui internet.

Perkara ini sudah menjadi kemestian terutama golongan koporat,pegawai kerajaan,sektor swasta,orang perseorangan untuk pelbagai urusan samada dalam negeri atau di luar negeri.Mereka hanya perlu menempah tiket melalui internet untuk satu-satu penerbangan ke destinasi tertentu.Sebagai contoh ini boleh dilakukan dengan melayari
http://www.airasia.com/


7.8 Menonton Televisyen melalui internet.

Dewasa ini orang ramai boleh menonton televisyen melalui internet,samada sesuatu rancangan itu sedang berlangsung atau sesuatu rancangan itu telah berlangsung.Ini boleh dilakukan atau diikuti dengan melayari
http://www.tv3.com.my/.



8.0 Penutup.

Berdasarkan sebahagian daripada pelbagai kemudahan yang didapati melalui internet,ternyata kehadiran internet telah banyak merubah kehidupan manusia dalam banyak hal.Sebenarnya ada banyak lagi kemudahan yang boleh didapati dengan melayari internet.Apa yang dipaparkan di atas cuma beberapa contoh yang biasa digunakan oleh orang ramai di seluruh dunia untuk memudahkan kehidupan seharian.

Namun apa yang penting ialah terpulang kepada seseorang individu itu sendiri untuk menentukan apa yang baik dan sebaliknya semasa melayari internet.ini kerana di sebalik pelbagai kemudahan yang didapati melalui internet,terdapat juga pelbagai perkara yang tidak baik bagi golongan tertentu.Sebagai contoh melalui internet orang ramai boleh dihidangkan dengan perkara-perkara yang negatif yang tidak baik untuk kanak-kanak seperti gambar-gambar lucah dan lain-lain perkara negatif yang boleh mempengaruhi pemikiran seseorang.

9.0 Rumusan.

Apa yang mustahak ialah terpulanglah kepada individu untuk menentukan semasa melayari internet kerana semua manusia mempunyai hak untuk menggunakan internet untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya khususnya dalam pelajaran.Namun apa yang pasti kehadiran internet memang telah banyak membantu kehidupan manusia masa kini berbanding sebelum kehadiran internet sebelum ini.