Tuesday, November 18, 2008

Kaunseling Industri .. Mengapa perlu?

Kaunseling tempat kerja perlu untuk memberikan perkhidmatan kaunseling kepada para pekerja (klien) di tempat kerja yang menghadapi pelbagai masalah yang boleh menghalangnya dari terus aktif bekerja dengan sesebuah organisasi yang dipilih.Masalah itu mungkin masalah sesama pekerja,dengan ketua,majikan atau dengan ahli keluarga pekerja itu sendiri.

Jika masalah itu dibiarkan dan tidak ditangani dengan segera mungkin akhirnya akan membawa kesan kepada organisasi itu sendiri di mana pekerja tidak bermotvasi untuk terus bekerja.Akhirnya organisasi itu akan menjadi lemah kerana pekerjanya kurang bermotivasi dan tidak bersemangat untuk bekerja.

Justeru,kaunseling di tempat kerja memang perlu dan wajar diperkenalkan oleh mana-mana organisasi terutama organisasi yang mempunyai pekerja yang ramai.Samada provisi kaunseling itu internal atau external kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama.Cuma mungkin Internal Caunselor itu mempunyai kelebihan sedikit kerana kaunselor memahami budaya,politik dan selok belok sesebuah organisai itu kerana ia terikat sepenuhnya dengan organisasi itu.Atau kaunselor itu berkhidmat secara External Caunselor atau melalui EAP (Employer Assisstant Programme) kedua-duanya berkhidmat untuk kepentingan organisasi.

Selaras dengan matlamat kaunseling tempat kerja iaitu " win ..win .. win .. win situation ",seseorang kaunselor yang diambil berkhidmat merupakan seorang kaunselor yang terpilih dan berkebolahan kerana sesebuah organisasi amat mementingkan keuntungan berbeza dengan kaunseling yang dijalankan secara persendirian di luar daripada tempat kerja (organisasi).

Pastinya seorang kaunselor yang bijak pasti mahir dan bijak memilih models yang sesuai dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien.Contohnya mungkin kaunselor menggunakan "Problem Focus Models" .. " Brief Therapy Models " dan lain-lain lagi.

Mungkin juga pengurus dalam syarikat atau organisasi itu akan bertindak sebagai kaunselor dengan menggunakan " Manager Based Models " dan lain-lain model yang difikirkan sesuai.Namun apapun models yang digunakan semuanya untuk kebaikan organisasi itu untuk terus kukuh .. maju dan menuju ke Puncak Jaya ... .

Keputusan UPSR tahun 2008 meningkat ...

Gembira .. lega itulah sitausi yang dapat saya ungkapkan setelah keputusan UPSR tahun 2008 diumumkan baru-baru ini.Secara keseluruhannya peratus kelulusan meningkat 3.2% tetapi agak menurun sedikit dari segi kualiti.Tahniah kepada semua guru-guru saya khususnya guru-guru Tahun 6 tahun ini.

Namun ini bukan bererti saya berpuas hati atau guru-guru berpuas hati,ini bagi saya hanyalah satu permulaan untuk terus sukses dalam bidang pendidikan khususnya sekolah seperti ini.Selaku ketua pentadbir sekolah ini kejayaan bukan setakat di sini sahaja tetapi akan berterusan dari tahun ke tahun.Paling penting dapat kekalkan atau tingkatkan lagi usaha dan bimbingan pada masa-masa akan datang.

Tahun lalu peratus kelulusan ialah 58%,tahun ini ada peningkatan sedikit iaitu naik sedikit menjadi 61.5%.Keputusan mata pelajaran sains agak menurun sedikit dan keputusan keseluruhan dipengaruhi oleh mata pelajaran tersebut.Namun saya percaya ini boleh diubah menjadi lebih baik pada tahun ini.

Tahun depan 2009, sekolah kena buat sesuatu,pelbagaikan aktiviti dan yang paling penting mesti ada perancangan.Rancangkan kerja dan kerjakan rancangan.Jangan memberi alasan.Ingat .. kita tidak pernah merancang untuk gagal tapi .... kita gagal dalam merancang.Perancangan strategik harus diperkemaskan pada tahun depan.Untuk itu, selamat maju jaya kepada semua warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi.Selamat menuju ke puncak jaya.Hanya di mercu impian kita.