Tuesday, November 18, 2008

Keputusan UPSR tahun 2008 meningkat ...

Gembira .. lega itulah sitausi yang dapat saya ungkapkan setelah keputusan UPSR tahun 2008 diumumkan baru-baru ini.Secara keseluruhannya peratus kelulusan meningkat 3.2% tetapi agak menurun sedikit dari segi kualiti.Tahniah kepada semua guru-guru saya khususnya guru-guru Tahun 6 tahun ini.

Namun ini bukan bererti saya berpuas hati atau guru-guru berpuas hati,ini bagi saya hanyalah satu permulaan untuk terus sukses dalam bidang pendidikan khususnya sekolah seperti ini.Selaku ketua pentadbir sekolah ini kejayaan bukan setakat di sini sahaja tetapi akan berterusan dari tahun ke tahun.Paling penting dapat kekalkan atau tingkatkan lagi usaha dan bimbingan pada masa-masa akan datang.

Tahun lalu peratus kelulusan ialah 58%,tahun ini ada peningkatan sedikit iaitu naik sedikit menjadi 61.5%.Keputusan mata pelajaran sains agak menurun sedikit dan keputusan keseluruhan dipengaruhi oleh mata pelajaran tersebut.Namun saya percaya ini boleh diubah menjadi lebih baik pada tahun ini.

Tahun depan 2009, sekolah kena buat sesuatu,pelbagaikan aktiviti dan yang paling penting mesti ada perancangan.Rancangkan kerja dan kerjakan rancangan.Jangan memberi alasan.Ingat .. kita tidak pernah merancang untuk gagal tapi .... kita gagal dalam merancang.Perancangan strategik harus diperkemaskan pada tahun depan.Untuk itu, selamat maju jaya kepada semua warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi.Selamat menuju ke puncak jaya.Hanya di mercu impian kita.

No comments: